.Cari Di Sini

daun ketum.....sejauh mana anda mengenali nya??????


klik utk tumbesaran

 Daun ketum atau daun biak  adalah pokok yang berasal dari kawasan Asia Tenggara. Ia tergolong di dalam keluarga pokok kopi. Daun ketum lazim digunakan sebagai perangsang, sebagai ubat penenang, untuk rileks atau rehat, sebagai ubat penahan sakit, ubat mengatasi cirit birit dan rawatan untuk penagihan heroin.
Ia boleh dikunyah dalam bentuk daun segar atau serbuk. Ia juga boleh direbus seperti teh, ataupun dihisap. Serbuk daun ketum boleh diperah dan dicampur dengan jus buah-buahan untuk mengurangkan rasa pahitnya.
Ketum telah diharamkan penggunaannya oleh kerajaan Malaysia, Australia, Thailand dan Myanmar.



Kekerapan penggunaan daun ketum boleh menjadi satu tabiat. Penyalahgunaan daun ketum juga boleh menimbulkan gejala-gejala seperti keganasan, permusuhan, pengeluaran air mata yang kerap, sakit lenguh-lenguh di otot dan sendi, kerap membuang air kecil dan boleh menghadapi sembelit. (najis selalunya kelihatan gelap, keras dan kecil).
Penggunaan daun ketum dalam jangka masa yang panjang boleh menghasilkan gejala tarikan/gian fizikal sepertimana yang dihasilkan dari penggunaan heroin, seperti merasa seram sejuk, muntah, cirit-birit, mudah marah dan sering menjadi letih-lesu. Gejala-gejala tarikan ini akan berakhir dalam jangka masa 4 ??? 5 hari.


Penggunaan daun ketum secara jangka panjang boleh menyebabkan kulit pipi menjadi gelap. Penagihan ketum juga boleh menyebabkan mereka mendapat sawan dan menjadi hilang akal.




PROFAIL PENGGUNA

·         kelompok pengguna:
·         pengguna sebenar (ubat tradisional)
·         golongan yang menyalahgunakan ketum (narkotik)
·         Petanipeladang kecilburuhnelayan
·         Jarang diguna oleh perempuan
·         Umur permulaan penagihan:
·         30an di Thailand
·         kalangan remaja di Malaysia (drug gantian untuk ganja)
·         Pengguna baru perlu beberapa helai daun sahaja
·         Pengguna kronik perlu 10-30 helai daun sehari





klik utk tumbesaran









P/s1 : air ketum nih ala2 air tebu...jgn tsilap! 








P/s2  : more info :myhealth
                        farmasikdh

NAK HADIAH? KLIK JER SINI

LIKE MEANS LOVE. SEND MEANS CARE. DONATE, THANKS! :)
Comments
5 Comments

5 titisan embun di sini:

"ana" Muslimah ♥ said... [KLIK UNTUK BALAS]

salam.. mmg bhya btul daun ktum ni kn..
hrap kita djauhi dri ia.. wassalam..

shaffique said... [KLIK UNTUK BALAS]

teringat ada sorang member nama dia kecum..huhu..


My latest entry : Wanita Dipecat Kerana Terlalu Seksi

♥nyeto89♥ said... [KLIK UNTUK BALAS]

iye...mmg bahaya sbb xde ubat..bkn nye cam ketagih dadah :)

♥nyeto89♥ said... [KLIK UNTUK BALAS]

shafiq : kecum??hehe..kem slm kt die ek..:)

Cik Puan iLa said... [KLIK UNTUK BALAS]

ohh..baru tahu psl daun ketum ni..
nway..salam perkenalan..singgah2 la melawat blog sy k..
http://zarryn.blogspot.com/

.Geng GilaBlog