.Cari Di Sini
Showing posts with label kempen. Show all posts
Showing posts with label kempen. Show all posts
Semua Tentang Proton Exora : Fakta Atau Andaian? Jom Pandu Uji Proton Exora!
Assalamualaikum.
bagi aku, keta exora ni memang la selesa. sebab kategori MPV gak kot. kan kan kan..ye la..family aku, maksud aku adik beradik aku termasuk aku ni memang gedabak gedabak kot badan. haha. so, exora ni memang sesuai la untuk family aku.
ehh..aku pun tak taw la apa lagi yang best sebab bagi aku la kan, kalau nak taw lebih lanjut, anda semua better baca sendiri dan main kuiz yang ada kat allaboutexora tu. hehe. selain itu, anda semua jugak boleh la nikmati pandu uji ekslusif proton EXORA kat allaboutexora tu. sila sila. daftar free ja pun. jangan lepas kan peluang. aku dah try keta exora ayah aku, anda bila lagi? :P
JANGAN LUPA KLIK LINK BAWAH NI UNTUK MERASAI KEHEBATAN PROTON EXORA :
*TADAK BAKAT PROMOTE LA AKU NI T____T
LIKE MEANS LOVE. SEND MEANS CARE. DONATE, THANKS! :)
SAY NO TO VALENTINE'S DAY FOR ALL MUSLIM'S!
ASSALAMUALAIKUM :)
masa yaya jalan jalan kat blog cik mainur hasnah, terdetik kat hati yaya untuk turut serta dalam kempen ini. dah ramai jugak blogger yang join jadi yaya pun ingin turut serta untuk menyebarkan kempen ini demi kepentingan kita bersama umat islam khususnya. seperti yang kita sedia maklum, isnin ini bersamaan 14 febuari merupakan hari valentine ataupun lebih dikenali dengan hari kekasih. manakala 15 febuari keesokkannya pula adalah sambutan maulidur rasul sempena hari keputeraan nabi MUHAMMAD SAW. korang rasa lah kan, yang mana la agak nya yang akan krang utamakan? pilihan di tangan anda sebenarnya. tapi lah kan, yaya nak tanya...kenapa mesti nak sambut hari valentine ini sedangkan sah sah ianya HARAM di sisi agama kita. maaf lah, bukan yaya nak tunjuk yaya ni bagus atau apa. cuma yaya rasa yaya ada tanggunjawab untuk menyebarkan kebaikan kerana sesungguhnya kita hidup di bumi ALLAH ni sewajarnya saling menasihati. kita kan saudara seagama..
VALENTINE adalah nama seorang PENDETA. Namanya Pedro St. Valentino. 14 Februari 1492 adalah hari kejatuhan Kerajaan Islam Sepanyol. PENDETA ini mengumumkan hari tersebut sebagai hari 'kasih sayang' karena pada hari itu Islam hancur!!! Tumbangnya Kerajaan Islam Spanyol dirayakan sebagai Hari Valentine. Jadi.. mengapa kita ingin menyambut Hari Valentine ini padahal hari itu adalah hari jatuhnya kerajaan Islam kita di Sepanyol..???
kempen pertama
kempen kedua
kempen yang kedua adalah daripada saudara al-hakim
"SAYA SAYANG SAUDARA SEISLAM SAYA,SAYA CINTA RASULULLAH DAN SAYA TAK AKAN SAMBUT VALENTINE DAY"
anda boleh tengok video di bawah ini
Jangan ikutkan hati untuk merayakan Hari Kekasih kerana ia berkaitn dengan agama lain..Lebih baik meraikn smbutan Maulidur RASUL kerana NABI MUHAMMAD adalah kekasih seluruh umat ISLAM - ulas penceramh bebas,Fauzi Mustafa [metro 11feb.]
usah dicemari agama islam dengan perbuatan yang memesongkan akidah. Elakkan dari bersubahat menyambut perayaan yang berasaskan paderi & gereja kerana agama kita sudah cukup sempurna. ini kerana perayaan itu dianggap RACUN memusnahkan akidah umat Islam yang pernah terlanjur & menghuni rumah perlindungan mengaku hamil akibat seks bebas pada mlm hari sambutan berkenaan - petikan dari metro [11feb]
Islam sama sekali menolak konsep kasih sayang yang terkandung dalam hari valentine kerana unsur ritual keagamaan yang diamalkannya boleh menggugat akidah umat islam selain jelas mengandungi unsur maksiat.
KATAKAN TIDAK PADA VALENTINE DAY! perayaan ini termasuk salah satu hari raya bangsa Rom(penyembah berhala),di mana penyembahan berhala adalah agama mereka semenjak lebih dari 17abad silam. yang merupakn ungkapan kecintaan terhadap penyembahan mereka - sila dapatkan info lengkap dari MAJALAH i JAN2011.
Tentang hukum menyambut Hari Valentine, Sheikh al-‘Utsaimin berkata: “Maka bila dalam merayakan Hari Valentine tersebut bermaksud untuk mengenangkan kembali St. Valentine, maka tidak diragukan bahawa orang itu telah kafir. Dan jika tidak bermaksud begitu namun sekadar ikut-ikutan kepada orang lain, maka orang itu telah melaksanakan dosa besar”.
sama sama kita berdoa semoga umat islam negara kita tidak terikut ikut budaya barat....maka ilmu itu penting...sama sama kita sebarkan ilmu yang baik demi agama ISLAM yang tercinta...
dan renung renungkan lah kata kata ini
“Bukankah dengan menyambutnya kita sendiri menghina agama kita yang suci?" - sumber loveloveislam

SAY NO TO VALENTINE'S DAY FOR ALL MUSLIM'S....
P/S : yaya mintak maaf andainya entry ini menyinggung mana mana pihak. demi ALLAH SWT, ini bukan untuk mempertikaikan apa apa cuma sebagai peringatan kepada diri yaya, adik adik yaya dan anda di luar sana. yang baik adalah dari ALLAH SWT, segala yang kurang itu adalah daripada kelemahan yaya sendiri. sekian.
LIKE MEANS LOVE. SEND MEANS CARE. DONATE, THANKS! :)







