.Cari Di Sini
Showing posts with label wanita. Show all posts
Showing posts with label wanita. Show all posts
shopping raya di zalora?

masih sempat kah untuk diri ini meyopping-kan diri di zalora.com? macam tak berapa nak sempat je kan. tapi apa salahnya men-try-kan diri kan..haha
aku memang dah rambang mata tengok barang kat zalora. ingat nak beli kasut raya. hehe
aku ni jenis xpakai high heels. kalau wedges tu aku pakai gak la. aku lebih prefer pumps yang flats. atau pun flats shoes biasa pun okey.
tapi..apa yang buat aku sikit terkilan (no no no takmau2 terkilan2 ni pasrah ok) adalah aku dah beli sepasang flats dekat stefeno masa p sunway carnival mall aritu. flats tu biasa-biasa ja pun. tapi aku dah terbekenan aku ambik gak even harga dia bagi aku x berbaloi pun.haha...macam adik & mak aku depa suka yang dekat vern's lagi.aku pun tak taw kenapa..tapi adik aku lagi 2 orang tu pun memang beli kat stefeno gak. bayangkan la nak beli sepasang kasut ja..tapi dekat 2jam setengah dok kat stefeno tu...haha
tapi takpa la..dah dapat pun kasut...sekarang ni aku nak usha2 dekat zalora plak. mana taw kan kot la bleh buat kasut spare..muahahaha :p
#update : aku tak rasa dengan keadaan aku yang tak menyabaq ni aku boleh deal dgn zalora. cewah..kelas kau bedah nak deal dengan zalora. wakakaka..setakat cuci mata je aku mampu senah !
#update : aku tak rasa dengan keadaan aku yang tak menyabaq ni aku boleh deal dgn zalora. cewah..kelas kau bedah nak deal dengan zalora. wakakaka..setakat cuci mata je aku mampu senah !
LIKE MEANS LOVE. SEND MEANS CARE. DONATE, THANKS! :)
Lelaki Tahu Perempuan Tahu
Lelaki perlu tahu yang perempuan:
- Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian.
- Bukan bermaksud cerewet tak tentu hala, kadang kala wanita ingin lelaki mengikut kata-katanya sekali sekala.
- Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab kesalahan, biasanya wanita akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan dendam.
- Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui.
- Wanita sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. Wanita amat tabah.
- Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam kerana wanita itu prihatin.
- Walaupun dia adalah seorang wanita yang pandai berdikari, naluri seorang wanita masih lagi tetap seorang wanita. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama lelaki, namun juga sesama kaum.
- Wanita yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi egonya apabila bersemuka dengan yang dicintai.
- Cinta pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus.
- Seks bukanlah segala-galanya buat wanita kerana wanita diciptakan dengan 9 nafsu dan satu akal. Nafsu yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. Lelaki pula dijadikan dengan 9 akal dan satu nafsu. Fungsi lelaki adalah membimbing wanita dan bukan menghanyutkannya.
Peranan lelaki dalam kehidupan wanita adalah sebagai pelindung dan bukan sebagai pemusnah. Wanita diciptakan oleh Allah SWT dari tulang rusuk kiri dan untuk dipeluk dan dimanja, bukan untuk dikasari. Maka lelaki haruslah memahami hati dan perasaan wanita.
Perempuan juga perlu tahu yang lelaki:
- Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin).
- Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya sama ada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.
- Kebanyakan lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita.
- Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.
- Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita.
- Lelaki memang dilahirkan dengan perasaan yang kuat terhadap wanita. Sebab itu mereka suka melihat dan menjeling wanita.
- Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar buat kali pertama!
- Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.
- Bila lelaki cakap, ”Emm. tengoklah dulu” itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.
- Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.
- Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.
- Lelaki tak boleh belajar kesemuanya mengenai perempuan dari library atau buku semata-mata. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini.
- Kadang-kadang lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik.
- Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan ‘flirting’ dengan ramai wanita, dia tetap hanya ada seorang teman wanita yang istimewa. Yang lain hanya kawan.
- Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.
- Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti.
- Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita.
- Kebanyakan lelaki cukup lemah dengan air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yang dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan.
Lelaki bukanlah sempurna 100%. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yang hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan.
SUMBER : FACEBOOK <---KLIK
LIKE MEANS LOVE. SEND MEANS CARE. DONATE, THANKS! :)
Bulan Terang...awak pelengkap hidup saya....
salam semua...ini adalah sambungan entry ini .
Aku bagai laut tak bertepi dan tak berkarang
Aku bagai bintang yang tak ditemani malam
Melihat dirimu ada senyum canda dan tawa
Yang membuat aku tak ingin pergi darimu
Teringat janji lamamu kepadaku
Teringat aku teringat
Teringat saat kau masih ada di sini
Temaniku sepanjang hari
Bila kau pergi jauh ingatlah aku
Bila ku di sampingmu peluk tubuhku
Bila kau rindu aku panggil namaku
Ku datang menemuimu
Peluk erat jasadku jangan lepaskan
Tetaplah kau di sini arungi malamKarena hanya dirimu belahan jiwa Pelengkapku di dunia
awak....lagu ni sebenarnya saya tujukan khas untuk awak...suka tak awak??
saya suka sangat lagu ni awak....
kalau awak ada masa awak dengar la lagu ni taw awak..cuba awak faham betul betul maksudnya....
I <3 YOU!! :'(
saya rindu awak lah....
teringat kenangan dulu dulu...
sumpah saya tak tipu..
saya tak boleh nak lupakan awak langsung.......
LIKE MEANS LOVE. SEND MEANS CARE. DONATE, THANKS! :)
TERIMA KASIH CIK BIHAH TRENDY SHAWL :D
salam semua :)
apa kabar ye...mari senyum lebar lebar. nak tak? :D
nampak tak tajuk kat atas tu? nampak tak? tak nampak memamng nak kene sekeh ni..kuikuikui
okee...ucapan terima kasih ni yaya tujukan buat CIK BIHAH dari
ha...siapakah beliau??
comel kan :D
korang boleh jugak likes FANPAGE cik bihah. kat fecebook
actually ada GA yang tengah berlangsung.
yaya dah dapat satu. korang bila lagi??
:D
sambil sambil tu korang boleh la cuci cuci mata kat blogshop cik bihah
korang boleh jugak apply membership card dari cik bihah sebab nanti cik bihah cakap dah tak de diskaun diskaun kat sape yang takde membership card.
yaya dah apply. korang bila lagi??
cepat cepat taw!
* seriously i luv her style!
LIKE MEANS LOVE. SEND MEANS CARE. DONATE, THANKS! :)
kekasih biasa VS kekasih sejati
KEKASIH SEJATI: selalu ingat senyum & tangis pada wajah kamu..
KEKASIH BIASA: tidak suka kamu menghubunginya ketika dia sedang tidur
KEKASIH SEJATI: tidak kisah bile2 pun..asalkan..kamu menghubunginya..
KEKASIH BIASA: selalu mendoakan kebahagiaan kamu..
KEKASIH SEJATI: selalu mendoakan kebahagiaan kamu,dan berusaha untuk membahagiakan kamu.
KEKASIH BIASA: setiap detik menunggu panggilan daripada mu..
KELASIH SEJATI: setiap detik akan menghubungi kamu..
KEKASIH BIASA: melihat semua yg telah dia korbankan untuk mu
KEKASIH SEJATI: melihat semua yg telah kamu korbankan untuk dirinya..
KEKASIH BIASA: ingin kamu di samping menemaninya selalu..
KEKASIH SEJATI: sentiasa mengharapkan dapat mendampingi kamu selamanya..
KEKASIH BIASA: selalu bertanya kepada kamu,mengapa kamu buat dia bersedih..
KEKASIH SEJATI: selalu bertanya pada dirinya sendiri..apakah dia selalu membuat kamu bersedih.
KEKASIH BIASA: berfikiran bahawa perpisahan adalah cara terbaik menyelesaikan masalah.
KEKASIH SEJATI: berfikiran bahawa perpisahan bukanlah penyelesaian terbaik..dan dia akan berusaha untuk menyelamatkan hubungan dengan menggunakan alternatif lain..Kekasih Sejati hanya akan meredhakan perpisahan setelah sgala usaha untuk mengharmonikan semula hubungan telah gagal...andai perpisahan itu mampu membuatkan pasangannya lebih bahagia..dia terima perpisahan itu dengan hati yang terbuka..walaupun perpisahan itu menyakitkan dirinya..!!
KEKASIH SEJATI: sangggup berhadapan dengan kekecewaaan, asalkan kekecewaan yg dialaminya itu mampu memberi kebahagiaan kpd kamu..sanggup menanggung penderitaan,& kesengsaraan, asalkan kamu bahagia..kebahagiaannya adalah setelah melihat kamu bahagia...
CINTA SEJATI..Tak Bertambah Disebabkan Kebaikan..Tak Berkurang Disebabkan Keburukan..
CINTA SEJATI..Sukar Ditemui..Tetapi Tak Mustahil Untuk Dimiliki..
*mahu cinta sejati!
LIKE MEANS LOVE. SEND MEANS CARE. DONATE, THANKS! :)
saya tak pernah rasa kasih sayang seorang ibu....
salam semua...
ya...memang beruntung semua yang masih punya ibu...
tapi bagi yang tak pernah merasa kasih sayang ibu pula bagaimana?
jom layan video kat bawah..
please please please....
ambil pengajaran daripadanya
LIKE MEANS LOVE. SEND MEANS CARE. DONATE, THANKS! :)
ayat ayat cinta selepas kahwin? benarkah?
salam semua...yaya mahu share satu note yang kawan yaya share kat Facebook baru baru ni :)
Sebelum Tido:
6 minggu: Selamat tido Sayaaang, mimpi indah ya, mmmuahhhhh.
6 bulan: Tolong matikan lampu tu, silau aah.
6 tahun: Sana sikit lah... Tido kalau tak mengepit tak bole ker???!
Pakai Toilet:
6 minggu: Tak apa, U masuk ler dulu, I tak kisaaahhhh
6 bulan: Lama lagi ke ke kt dalam nih?
6 tahun: Brug! brug! brug! (suara pintu digegar), kalau nak bertapa pi lah gunung ledang sana !!!
Balas SMS:
6 minggu: Iye Sayang, jap lagi I sampai rumah. Sayang, I belikan murtabak favourite U ye Sayang...
6 bulan: Trafik jam aah
6 tahun: K..
Dating process:
6 minggu: I love U, I love U, I love U.
6 bulan: Of course I love U.
6 tahun: Iyalah!! kalau I tak cintakan U, buat apa I nikah dengan U???
Pulang Kerja:
6 minggu: Sayaaang, I dah balik nih...
6 bulan : I'm BACK!!
6 tahun: Masak apa hari ini??
Hadiah (ulang tahun):
6 minggu: Sayang, I harap U suka cincin yang I beli untuk U ni
6 bulan: I beli lukisan, nampak sesuai dengan suasana ruang tengah.
6 tahun: pakai duit u sendirilah apa yg U nak.. i takde duit.
Telefon:
6 minggu: Baby, ada org call u nih..
6 bulan: Eh... Your call...
6 tahun: WOOIII TELFON BUNYI TUUUHHH.... ANGKAT AAAAAHHH!!!
Masakan:
6 minggu: Wah, tak sangka I, pandai U masak.Rasa pun sedappp...!!!
6 bulan: Kita makan apa malam ini??
6 tahun: HAH!! LAUK INI LAGI?
Memaafkan:
6 minggu: Sudahlah, tak apa, dah pecah pun, nanti kita beli lagi yang lain,eh?
6 bulan: Hati-hati la, nanti jatuh tuh..
6 tahun: Orang dah ckp byk kali pon tak paham!!
Baju baru:
6 minggu: Aduh sayang, U seperti bidadari dengan pakaian itu..
6 bulan: Lah... Beli baju baru lagi?
6 tahun: DAH BERAPA RIBU HABIS BELI BAJU TU???
Merancang Holiday:
6 minggu: Macam mana kalau kita jalan-jalan ke Amerika atau ke tempat yg U nak honey?
6 bulan: Kita ke Bukit Bintang aje ler... Senang sikit tak perlu naik flight...
6 tahun: JALAN-JALAN??? DUDUK RUMAH AJE TAK BOLEH KE? BUANG DUIT JE!
TV:
6 minggu: Baby, kita nak tengok cite apa malam ini?
6 bulan : Sekejap eh, citer bagus ah.
6 tahun: JANGAN TUKAR-TUKAR BOLE TAK..??
p/s: betul ke cmni?? (*_*)
*beringat ingat la ye..kalau boleh yaya taknak lah camni =.='
LIKE MEANS LOVE. SEND MEANS CARE. DONATE, THANKS! :)
tak usah! paham tak?!
Tak usahlah sebut pasal cinta jika anda tidak sebenar-benarnya mengambil kisah. Tak usahlah bercakap tentang perasaan, jika ia tidak berada di hati anda. Tak usahlah menunjuk ke dada, jika anda berhasrat melukakan hati pasangan anda. Tak usahlah sebut cinta abadi jika ada di hati anda untuk berpisah. Tak usahlah memandang matanya jika anda berbohong kepadanya. Tak usahlah sebut hello jika kelak anda mengucapkan selamat tinggal. Tak usahlah katakan dia satu-satunya, jika ada orang lain di sisi. Tak usahlah kunci hatinya, jika anda tiada anak kunci untuk membukanya kelak.
Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj
LIKE MEANS LOVE. SEND MEANS CARE. DONATE, THANKS! :)
LELAKI UCAP MAAF DAPAT BUAT JANTUNG PEREMPUAN SEHAT

Walau marah macam mana kita dekat seseorang itu, kita jangan pernah melupakan 2 kata ajaib iaitu “terima kasih” dan “maaf“. Mungkin bagi kalian perkataan ini tidak membawa maksud apa-apa, tapi tahukah kalian bahawa hanya dengan meminta maaf kepada perempuan dengan iklas dapat membantu memanjangkan usianya.
Mengucapkan ‘maaf’ mungkin sangat susah dilafaskan kebanyakkan orang terutama lelaki. Akan tetapi, kajian ilmuwan dari Massachusetts University membuktikan, meminta maaf yang ditujukan pada seorang perempuan boleh meningkatkan kesihatannya terutama jantung.
Perempuan yang mempunyai sifat kelakuan kasar atau menyakitkan dari orang lain boleh menyebabkan peningkatan tekanan darah yang dapat memacu risiko serangan jantung atau stroke. Namun ketika mendengarkan kata ‘maaf‘ dapat menurunkan tekanan darahnya dan secara automatiknya dapat kembali normal sekitar 20% lebih cepat.
Sebaliknya tekanan darah laki-laki akan 20% lebih lama untuk pulih setelah mendengar permintaan maaf kerana mendapat perlakuan tak tenang. Hal ini menunjukkan seseorang lelaki cenderung bekerja lebih keras setelah mendengar pengakuan bersalah.
Kajian ini dilakukan ilmuwan di University of Massachusetts Medical School di Worcester, AS. Kajian mengukur tekanan di astolik dari 29 orang lelaki dan 59 perempuan.
Tekanan darah yang diukur dalam kajian ini adalah tekanan darah di astolik, iaitu tekanan dalam darah antara detik jantung atau tekanan dalam arteri-arteri ketika jantung istirehat setelah penat 'bekerja'. Jika tekanan terlalu tinggi, ia dapat meningkatkan kemungkinan stroke atau serangan jantung pada orang tersebut.
Jadi,sayangilah pasangan kalian.Jangan lupa berterima kasih dan meminta maaf.
*selalu berdoa semoga dapat pasangan macam ni...AMIIINNN :)

LIKE MEANS LOVE. SEND MEANS CARE. DONATE, THANKS! :)
tips mengundang cinta! hot & spicy!
Tip 1 : Apabila anda tidur berseorangan di bilik anda, jangan tidur di tengah-tengah. Ia seolah-olah anda tidak mahu sesiapa tidur dengan anda. Jadi, tidur hanya di sebelah. Sebelah lagi, biarkan kosong. Sediakan bantal seolah-olah anda mempunyai pasangan. Kalau katil single, beli lah double…Haaa…tapi ada pulak tu kan, tidur naaa kankang punya besar, hahaha… camana cinta nak terundang tu beb ;) Pelik? Pelik tapi menarik, teruskan membaca…
Tip 2 : Buang semua barang-barang yang tidak terpakai di dalam bilik anda. Ini kasi Feng shui (angin&air) sikit lah ni. Kasi masuk tenaga (chi) biar anda bersemangat! Bilik kena bersih dan lapang walaupun kecil. Biar kosong tak pa, Ini berselerak je, penuh je barang, adoi…semangat cinta nak masuk pun, segan, undur balik beb! :)
Tip 3 : Ruang tamu? Haaa…kerusi dan sofa tu, kenalah cari yang ala-ala romantik sikit. Jangan duk pakai kerusi antik, kayu jati ke rotan ke adoi!! Potong stim betul, keras beb. Cari sofa empuk dan berwarna sexy kemudian biar lantai ruang tamu tu berwarna light brown or cream warm… macam tengah bercinta gitukan, bayangkan cinta anda datang visit, lepak tengok dvd…then easy untuk berdepan dengan anda, so mestilah nak cozy, romantik, selesa, seolah-olah anda bersedia untuk bercinta gitu, betul tak?
Tip 4 : Almari anda… please la wei, jangan laaa sarat macam ikan bilis dalam tin! Kalau boleh pakaian yang dah out of date tu sedekah kat anak-anak yatim hehehe. Buatkan almari pakaian anda supaya mempunyai ruang kosong. Sebelah anda letakkan pakaian anda, sebelah lagi letakkan hanger kosong 2-3, seperti pasangan anda bakal meletakkan pakaiannya di situ! Kikiki :oops:
Tip 5 : Apabila makan, sediakan pinggan dan sudu serta gelas kosong. Seolah-olah anda sedang menunggu pasangan anda akan pulang untuk makan bersama-sama. Sekali, you duk ngan mak bapak pulak, mak you cakap kat bapak you, “Apahal dengan anak kita tu bang, dah angau agaknya” hahaha :P
Tip 6 : Bagi mereka yang memiliki garaj kereta, atau parking space dalam compound rumah. Siapkan tempat kereta itu seolah-olah ada sebuah kereta lain bakal datang dating, eh!…parking. Haaa…bayangkan, gambarkan dalam kotak fikiran anda, bagaikan real. Muga-muga, terundanglah seorang pasangan yang memiliki kereta itu datang parking dan bercinta dengan anda.
Tip 7 : Gambar-gambar di dalam frame in your room tu mesti letak gambar-gambar couple sedang bercinta gitu. Sedang berpimpin tangan kat atas bukit gitu haha..ala-ala hindustan hehe. Frame gambar, mak, abah, sedara mara, binatang, artwork ke…itu semua kena letak LUAR bilik! Only your future loved ones stays and all the love that in the air ;)
Tip 8 : Lekatkan poster potret jenis pasangan yang anda idamkan di bilik tidur berdepan mengadap anda tidur. So setiap malam sambil baring, anda boleh khayalkan secara detail kehidupan anda bercinta dengan nya. Setiap hari, anda tengok je poster itu, bayangkan, gambarkan di dalam fikiran anda selama 41 hari, sehingga kemana-mana anda pergi pun anda dapat mengingati nya, dapat lihat seolah-olah percintaan anda itu, REAL! Haa…ini memang menjadi ni. Anda akan lihat, sooner or later, wajah pencinta yang hampir-hampir dengan gambar poster itu akan hadir dalam hidup anda. Tapi biar logik lah sikit poster tu, jangan lah letak poster
Tip 9 : Apabila ditanya adakah anda sudah berpunya? JANGAN jawab “I’m single” NO! Hehehe…Instead, sentiasa menjawab, “Saya memberi ruang kepada diri saya untuk berkenalan dengan semua, walaupun saya sedang mempertimbangkan seseorang.” walaupun tak da sapa sebenarnya. Never say you single…nanti single lah you sampai bila-bila nak? Haaa rules of attractions!…apa yang you cakap, fikir, semua akan tertarik kepada you, akan menjadi dalam hidup you! Tapi, jangan pulak cakap…I dah milik orang! Habislah…siapa nak kat you lagi? :)
Tip 10 : Setiap hari dan setiap masa, tell yourself “I’m loveable, I’m in love!…he/she loves me!” Jangan sesekali pula, fikir yang anda tidak disayangi, tidak dicintai atau tiada sesiapa inginkan anda! It’s a NO! NO! Situations. Yakin dan percaya…and say it out loud!
*haaaaa...try jangan tak try...kalau menjadi gtaw yaya..sebab yaya nak try gak..ahaha! :p
LIKE MEANS LOVE. SEND MEANS CARE. DONATE, THANKS! :)
KOS KAHWIN..sebab kenapa pengantin risau untuk BERKAHWIN?
sebagai peringatan bersama :)

Apa yang Orang Bujang Mesti Tahu Tentang Kos Kahwin ?
Anda tahu perkahwinan tu yang paling penting adalah ijab, qabul, anda, pasangan anda, saksi dan wali. Err… dan juga sijil pra-perkahwinan dan ujian HIV.
Maskahwin boleh hutang tapi siapa berhutang janganlah bernafsu sangat untuk sentuh-sentuh anak dara orang oooi …
Mengadakan kenduri kahwin adalah perkara yang sangat dianjurkan sekalipun hanya dengan menyembelih seekor kambing. Tetapi budaya di Malaysia, susahlah nak cukup dengan perkara macam tu sahaja.
Mari kita lihat apa yang perlu anda sediakan beserta ongkosnya sekali.
(Ini adalah kos anggaran untuk kebanyakan daripada kita. Status Siti Nurhaliza tidak masuk ya.)
Kos # 1 - Maskahwin
Ini kena rujuk negeri sebelah perempuan. Walaupun nilainya (dari sudut kos) rendah, tapi kalau anda terlupa sediakan susah juga tu. Kalau berhutang, isteri ada hak kata, “Nehi kanda…!” bila anda cuba usik-mengusik.
Kos # 2 - Duit Hantaran
Ini bergantung kepada keluarga. Tetapi pengalaman saya apabila mengadakan seminar-seminar keusahawanan di universiti, bila ditanya isu ini, paling sikit siswi-siswi ni minta wang hantaran adalah RM 10,000. Level Diploma pun diorang dah mintak begitu tau sekarang.
Ada juga keluarga ikut nilai hantaran seperti mana yang telah ditetapkan sebelum ini macam perkahwinan kakak / adik perempuan sebelum ini.
Duit hantaran ini ada keluarga jadikan ia duit belanja hangus. Ia digunakan untuk kos kenduri.
Ada juga keluarga yang berikan semua kepada pengantin perempuan.
Kos # 3 - Barang kemas seperti cincin perkahwinan dan lain-lain.
Kosnya berubah-ubah mengikut harga pasaran emas. Siapa yang melangsungkan perkahwinan waktu harga emas tengah tinggi nasib lah.
Sediakan lah sekitar RM 3,000 - RM 5,000.
Kos # 4 - Barang hantaran lain
Kasut. Baju. Kek. Buah. Telekung. al-Quran. Sirih. Coklat. Standard lah tuh.
Yang tak ikut standard adalah seperti handphone, PS3, laptop.
Sediakan lah sekitar RM 1,000 untuk barang hantaran standard.
Itu belum campur kos buat perhiasan barang hantaran.
Kos # 5 - Baju nikah
Selalunya baju ini ditempah. Boleh pakai masa hari raya yang pertama sebagai suami isteri.
Baju lelaki selalunya lebih murah dari baju perempuan.
RM 200 - RM 600.
Kos # 6 - Baju Bersanding / Baju Pengantin
Baju ini selalunya disewa. Cukup-cukuplah tu jadi raja. Kita layak jadi raja sehari je. Baju tu tak pakai dah di waktu lain melainkan anda mengidam nak bernikah lagi.
RM 1,000 - RM 2,500.
Kos # 7 - Mekap
Selalunya dipakejkan dengan set baju pengantin. Tetapi masih boleh dapatkan secara berasingan.
RM 200 - RM 500.
Kos # 8 - Set Pelamin
Selalunya dipakejkan bersama set baju pengantin dan mekap. Tetapi masih boleh dapatkan secara berasingan.
RM 500 - RM 1000.
Kos # 9 - Jurugambar
Takkan lah nak suruh jurugambar biasa-biasa ambil kan gambar untuk anda. Ini hari istimewa anda bukan ?
RM 1000 - RM 3000
Kos # 10 - Duit untuk jurunikah dan saksi
Perkahwinan di Selangor ada duit yang perlu anda bayar kepada jurunikah dan para saksi. Sila rujuk ke pejabat agama negeri masing-masing.
Kos sekitar RM 150.
Kos # 11 Kad Jemputan
Ada yang murah dan ada yang mahal. Paling murah photostat sendiri. Ada orang kisah kita jemput guna sms, email dan website. Ada orang yang tidak. Mahu kad juga.
Kalau satu kad RM 0.50 / kad dan kalau jemputannya dah 1000 orang ?
Style sekarang selalunya dibuat sekali untuk kedua-dua pihak.
RM 500 - RM 3,000
Ini adalah kos yang selalunya ditanggung oleh pengantin sahaja dan tidak membabitkan keluarga. Jumlahnya (mengikut anggaran kos terendah) adalah
RM 17,550
Dan berikut adalah kos yang selalunya ditanggung bersama oleh keluarga (tidak semestinya). Jadi kalau ibu bapa minta anda bayar kan juga, kena lah bayar juga. Kan ini kenduri untuk anda.
Kos # 12 Duit khemah / Sewa dewan
Untuk pihak perempuan yang gunakan konsep belanja hangus, ia akan ditanggung sebahagian oleh duit hantaran.
Sewa khemah adalah lebih murah dari menyewa dewan. Tapi tak semua orang ada halaman rumah yang sesuai untuk kenduri.
RM 2,500 - RM 10,000
Kos # 13 Duit makan kenduri
Untuk pihak perempuan yang gunakan konsep belanja hangus, ia akan ditanggung sebahagian oleh duit hantaran.
Masak sendiri adalah lebih murah dari catering. Tetapi lebih banyak guna tenaga kerja.
Kalau di kawasan lembah Klang dapat catering menawarkan RM 10 / kepala dah cukup rendah dah tu.
RM 10,000 - RM 20,000
Kos # 14 Bilik pengantin
Katil. Cadar. Tilam. Almari. Langsir.
Ada keluarga yang dah ada “bilik pengantin” khas. Jadi, selagi mana tiada pasangan adik-beradik lain yang akan berkahwin, maka “pengantin baru” akan menghuni di situ.
Yang kena beli semua, ingat murah ka?
RM 1,500 - RM 5,000.
Kos # 15 Doorgift
Gula-gula. Telur. Sapu tangan. Apa - apa lah.
Walaupun kosnya barangkali cuma RM 1 / item tapi kalau dah tetamunya mencecah 1000 orang ? Untuk sedara lagi. Untuk keluarga sebelah sana lagi.
RM 1000 - RM 3000.
Kos # 16 Untuk bertandang ke rumah pihak satu lagi
Kalau dekat, satu kampung ok lah. Kalau perlu merentas beberapa negeri ?
Duit minyak. Duit Tol. Duit hotel / homestay. Duit makan.
Anda minta saudara anda meriahkan majlis anda, tapi bukan semua mereka ada kereta sendiri dan cukup wang untuk menemani anda kalau tidak disediakan duitnya. Itu yang kadang-kadang mereka “menolak” pelawaan anda.
Ia berbeza mengikut lokasi.
Sediakan lah RM 500 sebagai jumlah minima.
Kos # 17 Contigency
Adakalanya duit yang digunakan terlebih dari belanjawan asal.
Sediakan lah sekitar 5 - 10% dari jumlah belanjawan yang asal.
Dalam pengiraan kita ini, RM 3000.
Jadi, kos yang pada kebiasaannya ditanggung oleh pengantin
RM 17,550 (jangan lupa tolak nilai duit hantaran bagi pengantin perempuan)
Dan, kos yang boleh bincang dengan keluarga
RM 15,500
Dan, kos untuk kecemasan
RM 3,000
Maka anda perlu sediakan anggaran belanjawan perkahwinan sekitar
RM 36,050
…
…
Haaa!!
Umak Aih!
Psst. Tutup mulut tu abang long.
Amacam ?
Berani beli kereta baru ?
Berani simpan 10% je dari pendapatan bulanan ?
Berani tak mahu buat business part time ?
Berani tak mahu belajar investment ?
Walaupun boleh kongsi dengan pasangan, paling kurang pun kena ada duit untuk tanggung separuh kos dan dalam pengiraan ini adalah sebanyak
RM 18,000
Ini belum campur kos-kos renovation rumah yang dibuat bagi sesetengah keluarga. Juga belum campur kos memanjakan diri ke spa-spa dan juga berbulan madu.
Kalau nak berhutang kahwin sampai anak sulung berumur 7 tahun baru selesai bayar dekat bank, terus-teruskan lah dengan gaya hidup anda yang tidak mahu menyimpan dan suka menambah liabiliti tu.
sumber : FACEBOOK!
LIKE MEANS LOVE. SEND MEANS CARE. DONATE, THANKS! :)











