.Cari Di Sini
Tengah Menjawab Soalan Kuiz. Nak Tengok Tak Soalannya??
ASSALAMUALAIKUM
ni soalan dia :
sekarang dah dekat pukul 1 pagi. yaya tengah terkedek kedek itik jawab soalan kuiz untuk GMJP3093.
SOLAN OBJEKTIF
SOALAN 1.
Syarikat Dang Wangi Sdn. Bhd.sedang dalam peringkat penilaian satu projek yang mempunyai unjuran aliran tunai seperti berikut:
Pelaburan awal = RM 100,000
Aliran Tunai : Tahun 1 = RM +40,000
Tahun 2 = RM +50,000
Tahun 3 = RM +60,000
Sekiranya kadar diskaun ialah 15%, apakah Nilai Kini Bersih (NKB) projek ini?.
A) RM 12,039 B) RM 37,821
C) RM 49,521 D) RM 13,247
SOALAN 2.
Kirakan tempoh bayaran balik (TBB) untuk projek yang mempunyai aliran tunai seperti berikut::
Pelaburan asal = RM 100
Aliran Tunai : Tahun 1 = RM +40
Tahun 2 = RM +50
Tahun 3 = RM +60
A) 3.17 Tahun B) 4 Tahun
C) 3 Tahun D) 2.17 Tahun
SOALAN 3.
Syarikat anda sedang menimbangkan satu pelaburan yang berjumlah RM 750,000 hari ini. Pelaburan ini akan menghasilkan Aliran Tunai (AT) RM 250,000 pada Tahun 1, RM 300,000 pada Tahun 2 hingga Tahun 4, dan RM 100,000 pada Tahun 5. Kadar diskaun yang syarikat anda gunakan untuk projek ini ialah 13.25%, Apakah Nilai Kini Bersih (NKB) pelaburan ini?
A) RM 147,255 B) RM 83,525
C) RM 500,000 D) RM 0
SOALAN 4.
KPD bolehlah ditakrifkan sebagai:
A) Kadar Diskaun yang menjadikan NKB bersamaan dengan kosong.
B) Perbezaan diantara kos modal dan Nilai Kini suatu aliran tunai.
C) Kadar diskaun yang digunakan dalam kaedah NKB.
D) Kadar diskaun yang digunakan dalam kaedah tempoh bayaran balik terdiskaun.
SOLAN ESEI
SOALAN 5.
Nyatakan dan huraikan LIMA (5) prinsip-prinsip umum penilaian?
SOALAN 6.
Syarikat Aduhai Aduka Enterprise sedang membuat pertimbangan untuk membeli sebuah mesin dengan harga RM 400,000 dan mesin tersebut mempunyai jangka hayat selama 10 tahun. Unjuran aliran tunai bersih untuk mesin tersebut adalah RM 85,000 setiap tahun selama 10 tahun dan tiada aliran tunai lagi selepas itu.
a. Kirakan Nilai Kini Bersih mesin itu jika kadar pulangan yang diperlukan ialah 14%.
b. Apakah Kadar Pulangan Dalaman projek ini?.
c. Perlukah Syarikat Aduhai Aduka enterprise menerima projek ini?
(andaikan tidak ada halangan kewangan lain). Jelaskan jawapan anda.
SOALAN 7.
Apakah yang dimaksudkan dengan Kawalan Kos Projek?. Diperingkat manakah dalam kitaran hidup projek, kawalan kos projek harus dilakukan?.
SOALAN 8
Jelaskan TIGA (3) sebab mengapa perakaunan kos perlu dilakukan disesebuah organisasi?
SOALAN 9.
Bincangkan apa yang dimaksudkan Prinsip Kesamaan (Nilai Masa & Wang) dalam Aliran Tunai?
SOALAN 10.
Apakah yang maksudkan dengan Kaeadah Matrik Keputusan Pelbagai Kriteria, Huraikan?.
SIAPA DAPAT MEMBANTU? YAYA UCAPKAN TQ T_________________T
LIKE MEANS LOVE. SEND MEANS CARE. DONATE, THANKS! :)
Jom Tengok Entry Lain : soalan kuiz,uum
8 Comments
8 titisan embun di sini:
- SiS NaD said... [KLIK UNTUK BALAS]
-
SoWie DeaR, TaK Pat NaK ToLoNG... SiS DaH LPe SuMeR SaL aKauN... HuHu!~
- Wednesday, March 09, 2011
- Unknown said... [KLIK UNTUK BALAS]
-
*pengsan~
- Wednesday, March 09, 2011
- aNiS aNiSa said... [KLIK UNTUK BALAS]
-
dah lama tinggalkan math..otak beku seketika hehe =)
- Wednesday, March 09, 2011
- ♥nyeto89♥ said... [KLIK UNTUK BALAS]
-
@SiS NaD
bukan akaun sis.. pembiayaan projek..tapi yaya bab math tu mmg fail T_T - Wednesday, March 09, 2011
- ♥nyeto89♥ said... [KLIK UNTUK BALAS]
-
@Heidi Shafiq
yaya dah pun pengsan sploh kali malam tadi - -' - Wednesday, March 09, 2011
- ♥nyeto89♥ said... [KLIK UNTUK BALAS]
-
@aNiS aNiSa
tapi yaya mmg fail bab2 berkaitan nombor ni :( - Wednesday, March 09, 2011
-
-
ader jawapan x??
- Saturday, May 21, 2011
- ariana said... [KLIK UNTUK BALAS]
-
tak pe..org muda..otak pun tgh fresh..mesti dpt jawab nanti ekk..:)
- Saturday, August 20, 2011