.Cari Di Sini
MO NAK BAGI HADIAH. HANYA BUAT ENTRY "AKU INGIN BERUBAH"
assalamualaikum :)
walaupun pukul 11.59 ni tamat contest, tapi, aku nak join jugak.
entah dari mana hendak aku mulakan. aku sendiri tidak pasti. aku tahu, aku masih dengan ego ku sendiri. walaupun sudah lama aku memasang niat di hati, segala sengketa antara aku dan dia, wajar aku tamat kan sebelum segala galanya menjadi bertambah rumit dan terlalu sukar untuk dibendung.
tapi, dari hari ke hari, aku dapat rasakan. aku dan dia semakin jauh jauh dan terlalu jauh. walaupun kami berada di dalam tempat yang sama, jangan kan hendak ditegur, sedikit pun aku tidak dapat memandang ke arahnya. apatah lagi hendak bertentang mata. sungguh. aku sedikit pun tidak rasa hendak memandang ke arahnya. rasa sakit hati dengan segala bait ucapannya di belakang ku, menjadi kan aku seorang pendendam. terlalu sakit dan pedih rasa hatiku untuk berbicara dengannya. api dan dendam kesumat itu telah sebati dalam diri. aku tidak tahu kenapa. namun, apa yang aku tahu, perasaan marahku kepadanya tidak mungkin hilang selagi dia tidak meminta maaf dariku atas segala perbuatannya.
aku masih ingat, dua tahun yang lalu, kami terlalu rapat. sehingga kan segala apa sahaja yang kami lakukan akan dilakukan bersama. waktu itu, segalanya begitu indah. namun..Hidup tak selalunya indah, langit tak selalu cerah. kadangkala, Allah turunkan ujian untuk menguji kita. lalu, perkara ini terjadi.
kepada dia,
aku tahu, seharusnya mungkin aku tidak perlu mendengar cakap cakap orang tentang apa yang kau burukkan diriku. tapi, apa dayaku..aku hanya insan yang lemah. dan sering terbuai dengan bisikan dan tipu daya syaitan.. akhirnya, aku jatuh. jatuh dalam sengketa yang ku kira aku ciptakan sendiri. sedangkan dirimu cuma berdiam diri. sepi tanpa seribu bahasa..tanpa sedikit pun menerangkan kepadaku apa sebenarnya yang berlaku. kita masing masing dengan ego sendiri..
keadaan bertambah rumit lagi, bila sahabatmu, mula masuk campur dalam hal ini. dia fikir dengan kehadirannya menjadi orang tengah, bakal menyelamatkan keadaan..namun segala galanya hancur berkecai bila ada cerita yang ditokok tambah. akhirnya, aku putuskan untuk membiarkan sahaja perkara ini berlaku..aku redha seandainya ada mata mata yang melihat menyalahkan aku dia atas apa yang terjadi diantara aku dan kau. sesungguhnya, biarlah hanya aku memendam segala yang aku rasa. ku kira, mungkin tiada yang mengetahui hal sebenar apa yang terjadi. biarlah. mulut orang takkan bisa ditutup seperti mulut tempayan. penat mereka berkata kata habis lah semua itu..
aku sedar, aku telah gagal menjadi yang terbaik untuk dirimu..tapi, aku masih berusaha..aku terima segala apa yang kurang kerana aku juga tahu, kau cuma insan biasa. lemah dan tak terdaya. tetapi..kenapa sikap bongkak itu ada pada dirimu. aku benci dengan semua itu..aku cuba untuk berubah demi kasih yang ada terhadap dirimu. tetapi...hanya tuba yang kau balas. setiap hari, aku menangis kerana kau. tapi tidak pernah kau tahu. kerana kita dengan dunia masing masing...
dan kini..setelah 2 tahun, akhirnya kau putuskan untuk membawa haluan mu sendiri...kenapa? aku sendiri tidak pasti...dan kerana mu sahabat ku, yang aku pernah berkongsi kegembiraan, kesedihan, makan bersama, tidur bersama dan segala galanya bersama...akhirnya...semua itu bakal berakhir dan hanya tinggal kenangan...
maafkan diriku sahabat, kerana terlalu ego...sehingga menggadaikan persahabatan ini...namun jauh disudut hati, aku ingin menyayangimu sahabatku.... aku ingin kita sama sama berubah untuk menjadi sahabat yang terbaik...bukan sahaja kepada dirinya malah kepada semua rakan ku. aku ingin menjadi rakan yang paling baik.. YA ALLAH...kau kabulkan lah permintaan ku...jauhkan lah aku dari sifat dendam dan dengki ya ALLAH..........
doaku buatmu sahabat..
doaku buatmu sahabat..
Ya ALLAH,
Panjangkanlah umur sahabatku,
Kurniakanlah kesihatan yang baik padanya,
Terangilah hatinya dengan 'nur' pancaran iman,
Tetapkanlah hatinya,
Perluaskanlah rezekinya,
Dekatkanlah hatinya kepada kebaikan,
Jauhkanlah hatinya daripada kejahatan,
Tunaikanlah segala hajatnya baik hajat dalam agama, dunia dan akhirat.
SATU KLIK SEHARI :)
LIKE MEANS LOVE. SEND MEANS CARE. DONATE, THANKS! :)
Jom Tengok Entry Lain : contest
3 Comments
3 titisan embun di sini:
- Erin Azizan said... [KLIK UNTUK BALAS]
-
best of luck yaya...hoho
- Tuesday, May 31, 2011
- bana said... [KLIK UNTUK BALAS]
-
gud luck, dah terlambat ke sye komen? hihi :)
- Wednesday, June 01, 2011
- Muslimah Optimis said... [KLIK UNTUK BALAS]
-
ya.. setiap orang inginkan sahabat terbaik dan kita juga harus menjadi yang terbaik.. kerana apabila kita inginkan yang terbaik maka kita juga harus memberikan yang terbaik..
apa pun terima kasih sudi join..sebarang update terkini akan dimaklumkan di Laman MO..tq - Thursday, June 09, 2011